SEARCH

Saturday, December 18, 2010

Usahlah Bersedih, Hiduplah dengan Gembira

Mengapa perlu bersedih?
Nikmat diberi tiada terhingga
Kenapa tidak bersyukur?
Jadi renung,tenung dan berfikirlah

Jangan direnung masa lalu
Kerana masa itu sudah lalu telah berlalu
Maka jangan dikenang nanti luka,duka
Bertokok jika pedih di dalamnya

Jangan diramal masa depan
Kerana masa depan masih di alam ghaib
Maka usah berkhayal dan bernagan berlebih-lebihan
Nanti sendiri sedih mengenag gila
Biar masa itu datang dengan sendiri nya

Oleh itu,masa yang perlu dikenang ialah
Masa sekarang..
Saat Embun menghembus dihening subuh
 Saat matahari menyapa disinar pagi
Itulah detik hari kita bermula
Dengan sebab itu..ukirkanlah”Hari Ini Milik Anda!”
Pada meja tulismu.
Jangan ditunggu pula datangnya petang
Kerana pagi perlu dibelanjakan sebaiknya
Jangan toleh lagi kebelakang
Kerna Arus sungai mengalir ke depan..
Kerna khalifah-khalifah mara ke depan..
Kerna angin bertiup ke depan..

Usahlah pula melawan arus..
Kerana masa depan datang dengan sendirinya..
Janganlah mendahului sesuatu yang belum terjadi ..
Setiap Kritikan jadikan penghormatan
Redha Allah semata itulah pengharapan
Amalan baik pelapang dada kesempitan
Usirkanlah kekosongan dengan kesibukan amalan
Setelah kesulitan pasti ada kemudahan
Usah putus harapan
Jadi janganlah bersedih….
Hiduplah dengan Gembira….

TOP BUTTON