SEARCH

Sunday, August 14, 2011

My entry for Skribble Contest Deviant Art

Geko Moria
Assalamualaikum,hye and annyeong..
this is my artwork for Skribble Contest at DeviatArt.
skribble-contest-assets
Using the given line I got the idea when I watch One Piece.
If you guys want to enter the contest here are the link:

Inspired by:

Geko Moria
Wassalam,bye..annyeong..^_^


click here:
second entry



Thursday, August 11, 2011

My Girls Generation - Jessica

Ice Princess!!^_^
JESSICA

Korean name: Jung Su-yeon (Hangul: 정수연 | Hanja: 鄭秀妍)

DOB: April 18, 1989

Birthplace: San Francisco, California, USA

Height: 163cm | Blood type: B
Elder sister of Krystal, member of girl group f(x).


Released two singles, Oppa Nappa and Mabinogi, with Tiffany and SeoHyun.

Duet with SHINee’s Onew in One Year Later (2008).

Duet with Park Myeong-su in NaengMyun (2009).

Starred in Korean production of Legally Blonde – The Musical (2009-2010).
Solo in Sweet Delight – commercial song for SPC Group (2010).



Assalamualaikum,good evening and annyeong...this is my new artwork using Adobe Illustrator and Adobe Photoshop. The font is using photoshop,still learning.hope can impress you guys..hehehe..
Ice Princess..she so cool ,cute,amazing singer ..Hope you guys like my simple post today..under this post I put a link from my oldder post about My Girls' Generation: 

my girls generation
my girls generation - Yuri

Wassalam,good night and annyeong..

Tuesday, August 2, 2011

Expression Running Out !!


my expressions is running out!

Assalamualaikum..good evening..annyeong..
Wow..im so happy today cuz im finished my new artwork..
Due to that,im posting twice today..hihihi..Hope you like my new artwork..
Just for fun..^_^..
Okay..i hope can post another artwork tomorrow..
bye..

Puma poster design by Saroongart

Assalamualaikum..good evening..annyeong..hihihi~~this is my design for Puma. Actually it is for fun only..hope you guys like it..Okay, thats for today..
Wassalam..bye..annyeong..^_^

Monday, July 18, 2011

Tutorial Adobe Illustrator :Cara menggunakan tool

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Pada hari ini,saya ingin memberikan sedikit tutorial ringkas cara menggunakan tool-tool yang terdapat dalam Adobe Illustrator.

Disini anda boleh memilih saiz
Anda boleh memilih antara saiz A4 mahupun A3
Pada “Orientation” anda boleh pilih permukaan melintang mahupun menegak

Setelah memilih saiz dan jenis permukaan
Sila tekan “Ctrl+O” untuk membuka fail untuk anda “construct”
Pergi ke bahagian kanan Adobe Illustrator dan buka “Layer”
Kemudian sila kunci imej agar tidak bergerak
Anda boleh mengunci imej mengunakan “Layer” ataupun “Ctrl+2”

Setelah selesai mengunci imej
Anda boleh terus ke bahagian kiri Adobe Illutrator,disitulah semua tool yang boleh anda gunakan untuk melukis kembali imej ini.
Sila pilih “Pen Tool(P)”

Setelah melukis secara rambang menggunakan “Pen Tool(P)”
Sila tekan “Shift+C” unuk mendapatkan ”Convert Anchor Point Tool (Shift+C)”

”Convert Anchor Point Tool (Shift+C)” ialah tool yang membuatkan sudut-sudut menjadi melengkung apabila anda “click” pada bucu lukisan yang telah anda buat menggunakan “Pen Tool(P)”
Anda boleh melengkungkannya mengikut imej yang ingin di struktur sebelum ini.

Untuk memudahkan anda “construct” imej dengan senang
Anda boleh menukar “Fill” kepada “Stroke” pada bahagian bawah tool-tool Ai tersebut
Sekian sahaja untuk kali ini.
Harap tutorial ini dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenai tool - tool Adobe Illustrator.
Wassalam..

Thursday, June 16, 2011

Seni Milik Semua !

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seni ungkapan yang amat bermakna,sungguh bermakna.
Pada daku setiap ciptaan-Nya merupakan seni. Seni
yang hadir dan pergi,ada dan lesap,
muncul dan tenggelam
merupakan yang ada dalam kita.
Sedar atau tidak, ia
anugerah-Nya.
Seni milik semua dan tidak perlu dibeli
,ia diperolehi.
Walau dibeli,ia sukar dinilai sebenarnya.
Yang seni itu sebenarnya tidak ternilai.
Aku ingin memiliki semua seni.
Agar boleh berkendiri
mencari diri yang tuhan ciptakan.
Mungkin lusa mampu seni dikongsi
diberi tanpa perlu dibeli.
kerna seni milik semua.

Seni yang aku cari adalah
seni yang pada kita semua namakan ia sebagai seni.
Dalam aku ,aku ingin jadi lebih. Lebih dari yang lain
dan miliki semua yang diungkap seni.
Dalam seni, mungkin aku tidak tersenarai sebagai seni.
Kerna seni aku tidak boleh aku curi,
ia hadir dari hati nurani.
Hati yang kotor ini
belum layak menerima seni..
Sebagai aku, aku ingin berikan semua seniku
jika seniku dihargai..
kerna seni itu milik semua..
Ia sungguh suci antara ciptaan ilahi.. 

Sekian,Wassalam..

Wednesday, June 1, 2011

P.Ramlee Inspirasiku.

Assalamualaikum..
topik hari bertajuk P.Ramlee Inspirasiku..
Dibawah merupakan sedikit sebanyak tentang hidup beliau..
Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama
sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan
seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain
muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
Seseorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau cukup
dikenal oleh semua. 
Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada 
gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin 
(pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai
 Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore.
 Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang
 pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama
 Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P"
 (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu
hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948.
 Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar.
 Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di
 dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah
 seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman 
Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun
 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang
 amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada
 dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.
 Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada
 tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di
 Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas
 terakhirnya.
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa
 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan
 di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi
 mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan
 Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka
 Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa
 gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di
 Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai
 "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di
 tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan
 pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry)
 pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan
 Jalan P.Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)).Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu Dian P.Ramlee.
Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada
 tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir
 bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat
 Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan
 kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.
Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan
 dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee
 the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi" 
Penghargaan selepas pemergian?..huh~~apalah guna kalau begitu 
banyak penghargaan jikalau bintang yang dipuja malap ditelan
malam pekat.
Sekian,Wassalam..  

TOP BUTTON