Assalamualaikum pembuka kata..
Pelacur bertudung itu sungguh ayu luarannya, layu dalamannya
Pelacur bertudung itu tertutup , namun zahirnya berbogel
Pelacur bertudung itu rasa lega , kerna tidak tahu dosa berganda
Dia masih melacur , terlecur dan terkukur menanti kubur
Pelacur bertudung tidak tahu auratnya yang lain dijamah
Yang dia tahu azabnya sudah terlepas kerna bertudung unta
Pelacur bertudung kini bercinta
Pelacur bertudung tidak malu berpengangan tangan, berpelukan tanpa ikatan
Yang dia tahu cintanya luhur dan suci,sesuci agamanya
Pelacur bertudung kian hanyut
Pelacur bertudung kini bernyanyi , bermain gitar dan terkinja-kinja
Pelacur bertudung tidak tahu, seagamanya malu..sungguh malu.
Yang dia tahu dia sudah menghibur dan terhibur..lebur~~
Walau dia tahu lacurannya bukan terangan
Yang diatas maha mengetahui
Pelacur bertudung itu masih bertudung..
Mungkin bertudung itu boleh menghapus dosa lacurannya
Lacurannya yang tidak dirasa namun boleh dilihat..
Maafkan aku pelacur bertudung.
Bukan niat berkata nista tapi ini pesan agar agama terpelihara
Bertudunglah kerana agama dan bukan penutup sahaja
Sekian,Wassalam.