SEARCH

Wednesday, June 1, 2011

P.Ramlee Inspirasiku.

Assalamualaikum..
topik hari bertajuk P.Ramlee Inspirasiku..
Dibawah merupakan sedikit sebanyak tentang hidup beliau..
Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama
sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan
seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain
muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
Seseorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau cukup
dikenal oleh semua. 
Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada 
gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin 
(pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai
 Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore.
 Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang
 pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama
 Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P"
 (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu
hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948.
 Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar.
 Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di
 dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah
 seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman 
Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun
 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang
 amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada
 dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.
 Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada
 tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di
 Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas
 terakhirnya.
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa
 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan
 di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi
 mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan
 Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka
 Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa
 gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di
 Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai
 "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di
 tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan
 pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry)
 pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan
 Jalan P.Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)).Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu Dian P.Ramlee.
Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada
 tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir
 bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat
 Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan
 kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.
Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan
 dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee
 the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi" 
Penghargaan selepas pemergian?..huh~~apalah guna kalau begitu 
banyak penghargaan jikalau bintang yang dipuja malap ditelan
malam pekat.
Sekian,Wassalam..  

No comments:

TOP BUTTON