SEARCH

Wednesday, May 25, 2011

Highlands Eat People!

Assalamualaikum...
lama sudah tidak menulis blog dalam bahasa ibunda. 
Tajuk hari ini bertajuk 
Highlands Eat People. Mengapa tanah tinggi boleh memakan orang?
 Ya! Tajuk ini direka sedemikian kerana telah
berlaku tragedi yang menyayat hati di Malaysia..Baru-baru ini,
kemalangan tanah tinggi telah berlaku lagi seperti yang pernah

berlaku pada 11 Disember 1993 di Taman Hillview,Ulu Klang,Selangor.

Highlands Towers

Tragedi buruk itu telah mengorbankan seramai 48 orang di
Highlands Towers.

Kali ini Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan
kejadian tanah runtuh berprofil tinggi di Hulu Langat yang menempatkan
asrama anak yatim iaitu Asrama Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung
Sungai Gahal, Hulu Langat.

Dalam kejadian tanah runtuh ini saya telah difahamkan telah
mengorban lima orang sehingga jam 8.00 malam. Namun, daripada yang
dapat dilihat daripada kesan runtuhan di bangunan asrama tersebut,
kemungkinan besar mangsa yang terkorban bakal meningkat dalam beberapa
jam akan datang. Tambahan pula, beberapa saksi mendakwa seramai 49 orang
telah dikatakan berkumpul pada tempat yang telah ditimpa tanah runtuh.

Walaubagaimanapun, seramai 12 orang telah berjaya diselamatkan hasil
usaha gigih pasukan penyelamat secara konsisten daripada jam 2.30 petang.

Berikut adalah gambar-gambar yang menyayatkan hati kejadian tanah
runtuh yang setakat ini telah menelan korban lima orang mangsa
(21 Mei 2011, jam 10.30 malam). Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa
yang terkorban dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Oleh sebab itu, saya telah menghasilkan poster yang boleh dikaitkan dengan
kejadian ini..Sebelum mengakhiri blog ini saya ada beberapa gambar di tempat kejadian.
Sekian,Wassalam..









Highlands Eat People Poster

1 comment:

Karp's said...

menarik :D keep it cool :)ko akan bejaya satu hari nanti aki.

TOP BUTTON